I'm tired of being strong. I hold in it for a long time. I fight the urge to spill my beans. I fight the urge to end all of this...





I'm tired of being strong. I hold in it for a long time. I fight the urge to spill my beans. I fight the urge to end all of this.
Aku penat jadi kuat. Aku tak larat. Aku tak suka bercerita tentang aku. Orang takkan faham.
Selalu-- bila aku sakit aku menulis. Tapi aku dah lama tak menulis. Luka2 tu semakin banyak aku kumpul. Aku tak kuat.

Aku tak hebat macam orang lain. Aku tak pandai. Aku tak masyi.
Aku banyak kali rasa nak drop all of this cos it never make sense to me after all the things I GO THROUGH!
Aku tak faham kenapa orang nak halang apa yang aku suka padahal aku dah cuba sedayanya apa yang deorang nak! Aku nak hiburkan hati aku dengan apa yang aku suka sebab kau tak faham apa yang aku rasa selama ni. Aku kkorbankan tidur aku, waktu orang lain tidur. Aku korbankan masa rehat aku waktu orang lain rehat. Aku pun manusia. Reti penat.
Aku tak macam orang lain- yang bila dia tidur, bangun dapat tasmik terus setengah juzu, 1 juzu. AKU TAK MACAM ORANG LAIN! Aku korban la banyak mana pun, yang aku dapat tak pernah macam yang aku target. Aku rasa macam nak putus asa. Benda ni berat sangat. Aku rasa tak dapat nak teruskan lagi. Aku tak nampak masa depan aku. Aku rasa aku ni lembab. Orang tak nampak apa yang aku fightkan selama ni. Orang tak nampak! Aku rasa aku tak mampu. aku rasa macam round syahadah yang berbaki ni terlalu jauh lagi untuk aku. Aku tak nampak mana penghujung aku. Sempat atau tak aku lalukan ini semua. Aku tak tahan. Dan aku sedar pergantungan aku dengan Tuhan-- tak sekuat dulu lagi. Dan bila aku cakap tu pada manusia, they're only gonna put a blame on me! sedangkan aku nak kata2 semangat. Aku nak kuat. Aku nak dekat dengan Tuhan.

Aku nak meluahkan pada seseorang dan dia akan cakap pada aku "Kuatlah. Tuhan itu selalu ada. Dia nampak segala yang kau usahakan. Senyumlah." aku nak. tapi semua tu tak pernah wujud. memanglah orang akan kata, Allahkan ada. Adukan saja pada Dia. Ya tapi aku manusia. aku mahu juga balasan bila aku meluah kata-kata. Ya Allah iman kali ini sangat jatuh. Tapi Iman tak tunjuk. Iman malas nak tunjuk. Iman je yang selalu ada untuk orang. Walaupun Iman tak kuat. Iman tak baik. Iman tak gagah macam yang orang nampak, tak solehah macam yang orang nampak.  Iman penat dengan expectation.

Iman tahu dunia ni bukan tempat Iman rehat2, bukan tempat Iman senang2.

Tapi Iman cuma...

Iman cuma penat..

Iman rasa..
nak tamatkan semua ni.
Iman nak rehat.
Tapi Iman muda lagi.
Yang Iman lalu ni baru sikit.
Iman tak tolong lagi agama Allah dengan apa yang Iman ada.
Pastu Iman expect Iman nak rehat, tapi Iman tak bawak apa2 hadap Dia.

Okey dah.
Iman patutnya bukan meluah dekat sini.
Iman patut meluah pada sujud Iman.
Tapi Iman cuma harap
Ada orang2 yang Iman teringin dia faham Iman,
faham Iman.

Semoga Iman kuat.
May Allah strengthen my tired soul.
Everything will be fine someday, somehow.
I'll be strong, I'll rise up.


- 23 August 2018 -

You Might Also Like

0 comments

Flickr Images