Pergi.

Silau. Sekejap. Perlahan-lahan kelopak mata dibuka. Dipandangnya sekeliling. Suasana tu macam... Sedih. Sayu. Harizz tak tahu ...





Silau. Sekejap.

Perlahan-lahan kelopak mata dibuka. Dipandangnya sekeliling.

Suasana tu macam...

Sedih. Sayu.

Harizz tak tahu kenapa. Suasana kelam itu mengundang rasa sedih dalam hati. Dia liha Luqman dia kiri yang menangis teresak-esak. Mujahid dan Ammar menunduk dengan wajah suram. Di keliling mereka bertiga, kebanyakan rakannya di Edinburgh ini hadir. Masing-masing dengan gaya tersendiri. Namun semuanya pada satu perasaan.

Sedih.

Tiba-tiba Harriz rasa takut. Seolah-olah suasana itu meragut jiwanya.

"Semoga Allah merahmati arwah." Presiden MTPPIMB ENU, Abang Fathi berkata dalam keadaan mata yang agak kemerahan.

Arwah? Dia pandang sekeliling.
Ada orang meninggal ke?

Dia berpaling pula pada belah kanan. Adam, sahabat karibnya berwajah pucat lesu. Dia kaku tanpa suara. Matanya terpejam.


Adakah ? ? ?

                                                             -   -   -   -   -  -   -  -



   Harriz pandang Adam. Wajah itu ceria. Langsung tak sama seperti wajah pucat Adam yang kelihatan di dalam mimpi. Wajah yang Harriz tak pernah tak tenteram apabila memandangnya. Namun hari ini, keresahan Harriz tak hilang apabila lihat wajah ceria itu. Malah, jiwanya makin bertambah gelisah.


" Apahal kau macam nak makan orang je ni?" Adam pandang wajah Harriz. Dia angkat kening sebelah.

"Jalan pandang depanlah, woi." Harriz memuncungkan bibir ke hadapan, ke arah jalan raya sambil tangan kirinya menolak perlahan pipi Adam supaya mengalihkan pandangannya ke depan.

"Uih, Garangnya." Adam terus melangkah. Tiba-tiba mata Harriz menangkap kelibat sebuah kereta yang bergerak laju. Pantas wajah pucat Adam dalam mimpinya sekilas terlayar. Kata-kata Abang Fathi mengetuk ingatan.

Arwah?

" Adam!!"

Harriz terus mencapai lengan Adam, menariknya ke belakang semula. Kereta tadi terus bergerak membelah jalan raya.

"Kau nak mati ke?! Jalan tak padang kiri-kanan! " Harriz meninggikan suara. Dapat dirasa akan wajahnya yang tegang dan kemerahan. Dada berdegup kencang. Bukan marah, tapi...

Adam angkat kening. "Kau ni kenapa? Siapa yang tak nampak kereta tadi? Aku bukan nak melintas. Aku baru je nak berdiri tepi jalan ni. Macam biasalah."


'... sebenarnya aku risau.."


Harriz diam. "Tapi tadi bukan dia nak melintas ke?"

" Kau. Sayang terlebih." Adam ketawa sederhana besar. Muka Harriz merah. Terasa maca, orang kurang siuman pulak.

"Aku risau." Harriz menjawab tanpa memandang wajah Adam. Jalan raya masih dipenuhi kenderaan yang lalu-lalang. Masih belum ada peluang untuk melintas.

"Risau? Terharunya aku.." Adam memaut bahu Harriz. Dia masih ketawa. Harriz diam sahaja.

'Takkan aku tak risau? Aku mimpi kau mati!'


Tidak lama kemudia mereka mendapat peluang untuk melintas. Adam mula melangkah. Harriz pantas bergerak agar langkah mereka seiring. Pantas tangan kanannya mencari dan memaut tangan Adam, memimpin tangannya melintas jalan raya seperti budak kecil.


Sampai sahaja di pintu gerbang University Edinburgh Napier, Harriz perasan Adam sedang memandangnya. Harriz senyap. Beberapa orang di tepi jalan tersenyum memandang mereka. Memang, nampak pelik kalau lelaki berpimpin tangan sesama lelaki.

"Kau tak sihat?" Adam bertanya risau.
Harriz melepaskan tangan Adam semasa melepasi pintu gerbang. Harriz geleng.

"Kalau kau ada masalah, bagitahu aku."


'Adam, kau memang sahabat yang baik. Sahabat aku yang terbaik. Sekarang, bukan aku yang bermasalah. Masalahnya adalah kau, Adam. Aku rasa macam kau akan ditarik pergi. Aku tak nak kau pergi! Aku nak dengan kau, Adam. Sahabat aku.'


"Tak ada apa-apa."

Adam tersenyum semula. Wajah cerianya kembali bercahaya menampakkan lesung pipit di pipi kanan.

"Kau tengah angau dengan siapa-siapa ke?" Adam mencuit pinggang Harriz.

"Banyak lah kau punya angau!"




                                                             -   -   -   -   -  -   -  -


Orang kata, kalau manusa hampir meninggal dunia, mesti ada tanda-tanda. Selalunya kita tak perasan tanda tu ada, melainkan selepas orang tu dah 'pergi'. Contoh yang biasa dia dengar adalah seperti ajak makan makanan kegemaran tapi dia makan tak habis. Satu lagi contoh ialah arwah akan selalu cakap pasal kematian sebelum tiba kematiaanya.

"Agak-agak, umur kita ni berapa panjang lagi?" Hampir tersembur air yang diteguk Harriz. Terkejut. Dia membulatkan mata, memandang Adam.

"Mati-mati jangan sebut boleh tak?" Harriz meletak cawan ke meja.

Adam sengih. " Apahal pulak? Mati tu  bila-bila masa je. Apa salahnya ingat mati? Mati selalu ingat kita."

Harriz menghela nafa. Betul. Mengingati mati pun antara pencuci karat dalam hati.

"Iyalah, tapi hilang keindahan pagi ni." Harriz memberi alasan. Dia mengalih pandang ke arah mentari pagi yang redup di sebalik awan.


"Kalau aku mati, macam mana agaknya kau?"

Soalan itu membuatkan kepala Harriz mengalih pantas ke arah Adam. Pantas Harriz meluku kepala Adam.

"Aduh. Kenapa kau ni, doh?" Adam menggosok kasar kepalanya sambil memandang Harriz dengan kehairanan.

" Degil sangat. Kan aku dah kata jangan rosakkan mood pagi-pagi ni." Harriz cuba bergaya selamba.

Adam membuat muka, kemudian terus menyambung sarapannya.

Suasana sepi sebentar.

Harriz terus menghabiskan air di dalam cawan lalu diletakkan ke tepi. Adam masih tekun dengan makanannya. Harriz rasa bersalah tiba-tiba.


"Kalau kau tak ada..." Perlahan-lahan Harriz mengungkap. adam mengangkat kepala. Mata mereka bertentang. Kemudian Adam mengangkat kening dengan mulut penuh, isyarat agar terus menyambung kata-kata.


".... Aku akan rasa sangat. sangat. sangat sedih." Suara Harriz perlahan. Perasan ada nada sayu di situ.


Perlahan-lahan senyum Adam terukir.


"Kenapa? Lawak ke?"

"Aku terharulah."


"Terharu konon. Poyo la kau." Harriz mencebik.

"Aku cuma nak tengok kau sayang aku atau tak." Adam angkat kening dua kali. Kemudian menyambung suapan sarapannya dengan selamba.

" Ceh!"

Harriz kembali memandang kaki langit. 

Adakah hidup akan sentiasa cerah seperti hari ni? 

                                                             -   -   -   -   -  -   -  -


Hah!

Harriz terbangun lagi. Mimpi yang sama datang semula. Wajah kawan-kawan yang sugul, yang menangis, ucapan Abang Fathi, dan berakhir pada wajah Adam yang terpejam tanpa wajah ceria seperti hari-hari dahulu.

Harriz beristighfar berulang kali. Allah! Perasaan takut menyerang. Tubuhnya terasa hangat. Dia menyentuh dahi, panas, terasa basah. Berpeluh. Sekian lama, dia terasa seakan mimpi itu akan menjadi kenyataan. Mimpi yang sama datang lagi.

Semalam, Adam ada mengadu kepada Harriz dia sakit. Rasa lemah-lemah badan. Hidung pula sentiasa berdarah.

Harriz yang teramat risau telah membawanya berjumpa doktor. Doktor menerangkan, itu adalah keadaan normal memandangkan sekarang ini ialah musim perubahan cuaca. Memang pada musim ppanas, sesetengah orang akan rasa lemah dan darah akan keluar dari hidung.

Keterangan doktor langsung tidak membuatkan Harriz lega. Mungkin juga dia akan menganggap ini biasa kalau tidak didatangi mimpi aneh itu. Tapi, setelah berulang kali mimpi itu datang, dia akan rasa teramat-amat risau.

Adakah pemergian Adam memang tidak dapat dielakkan?

Dan malam itu.. Harriz menangis dalam-dalam di dalam sujudnya.

                                                             -   -   -   -   -  -   -  -


"Kenapa tengok aku macam aku nak mati je?" Adam menyedarkan Harriz dari lamunan. Perkataan 'mati' membuatkan Harriz rasa tak senang.

"Kau sakit, aku tengok la kau." Harriz menjawab selamba.

Adam tersenyum.

"Aku ingat kau nak ubatkan."

"Aku bukan doktor sehh."

"Tapi, umi aku cakap... Daie tu, Doktor pada ummah." Adam sengih.


Kata-kata Adam mengoyak sengih Harriz. "Masalahnya, kalau bab sakit macam kau ni, daie mana boleh ubatkan. Doktor la yang kena bagi ubat."


Adam menggeleng. "Daie, kena bagi harapan kat pesakit macam aku... nak kasi aku kuat untuk menjalani sakit tu dengan penuh keimanan."

Harriz tersenyum. Keletah Adam, ada-ada je. Tak nak kalah jugak.

"Jadi, bersabarlah kau dengan ujian ni. Ni baru sikit. Mungkin Allah akan uji kau dengan ujian yang lagi besar." Harriz angkat kening.

"Apa agaknya ujian tu, eh?" Adam turut angkat kening.

"Aku kahwin dengan orang yang kau suka."

Pecah ketawa mereka berdua.

"Berani la kau." Adam acah-acah acu penumbuk.

"Joke, man, Joke."

Tawa mereka pecah lagi.

"Aku rasa, aku dah hampir sihat." Adam memegang dahi.

"Yeh! Nanti takdalah aku sepi lagi pergi kelas sorang-sorang."

"Haha. Perkenalkan. Mamat jiwang Edingburgh, Harriz!"

"Banyaklah kau!." Harriz tolak bahu Adam. Mereka ketawa lagi. Nampaknya, Adam betul-betul dah sihat. Harriz rasa lega. Mungkin mimpi tu hanya mainan tidur. Mungkin Harriz terlalu banyak berikir.

"Adam!" Harriz memandang Adam. Mata mereka bertemu.

"Erm?" Keningnya terangkat sebelah. Gaya kebiasaan Adam.

"Uhibbukafillah."Harriz senyum. "Uhibbukafillah jiddan jiddan. Aku sayang kau kerana Allah, selamanya."

Adam senyap sekejap. Kemudia dia ketwa. Harriz mula hairan.

Kenapa?

"Kau memang dah jadi laki jiwang la! Gaya macam nak tinggalkan aku jauh je."

Harriz tarik sengih.
'Aku takut kau tinggalkan aku. Aku yang tak nak kau pergi jauh. Aku nak kau ada kat sini..'

Kemudian tawa Adam mengendur. Dia memandang Harriz.

"Uhibbukafillah kaman." 

Harriz tersenyum. Hatinya lapang bersama ucapan itu.


                                                             -   -   -   -   -  -   -  -

Harriz terbangun. Dia tak tahu sama ada nak senyum atau terusan bimbang. Dia bermimpi mimpi yang sama dan mimpi nya bertambah. Semuanya sama sampai ketika wajah pucat Adam yang terpejam matanya. Tapi kali ini, sebelum berakhir, mata Adam yang terpejam tu terbuka, dengan mata yang bergenang.

Adakah ini tandanya Adam takkan mati? Atau adakah ini maksudnya Adam tengah dalam sedih?

Harriz tak tahu.

Dalam hati, Harriz berdoa. Semoga Allah pelihara Adam. Sekurang-kurangnya dalam hati dia sekarang, ada perasaan yang Adam takkan tinggalkan dia.

Tapi . . . 

                                                             -   -   -   -   -  -   -  -


"Kenapa muka macam orang baru kahwin pagi-pagi ni?" Adam menyapa.

Harriz tersengih. Sebab dia senang hati. Sebab, dia dapat rasa yang kerisauannya berterbangan hilang. Mungkin selepas dia sedar hidup dengan mati tu di tangan Allah.

"Jawab la, woi. Mimpi jumpa bidadari ke?" Adam menolak bahu Harriz.

Harriz menggeleng. 

'Aku mimpi kau hidup.' "Mana ada apa-apa." Harriz terus berjalan.

"Jangan ambil hati tau."

"Aku ambil jantung dengan usus je." Adam membalas canda. Mereka ketawa. Adam, dengan perangai selambanya.

Mereka tiba di tepi jalan raya.

"Pagi ni tak sibuk, eh?" 

Harriz mengangguk. Walupun ada kenderaan lalu-lalang tapi tak sesibuk biasa. Adam terus melintas.

Harriz mengikut dari belakang.


POOOOOOOOOONNNNNNNN!!!!!


Harriz menoleh. Sebuah kereta bergerak laju ke arah mereka. Mata Harriz membesar. Spontan Harriz menolak Adam dengan kuat. Adam terkeluar dari jalan raya. Jarak kereta dengan dia tak lebih dari sedepa.

Ketika ini, keadaan sekeliling Harriz seakan-akan menjadi perlahan. Dia sempat memandang adam yang hendak membuka mulut untuk menjerit. Harriz sempat teringat mimpinya.

Tangisan ahli rumah, wajah sunggul para kenalan Edinburgh, kata-kata Abang Fathi dan kemudiannya wajah pucat Adam dengan mata terpejam yang akhirnya terbuka dalam keadaan birai mata bergenang.


Patutlah!

Harriz tersenym.

Oh, rupanya bukan Adam, tapi aku.

BAM!


Seluruh alam macam berputar berulang kali. Dan perkara terakhir yang Harriz dengar adalah jeritan Adam yang panjang sebelum segala-galanya menjadi hitam dan senyap.


Allah! Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Engkau dan Muhammmad itu adalah Rasul-Mu.



Adam... Aku yang pergi dulu. Jaga diri.

Uhibbukafillah, jiddan-jiddan. Aku sayang kau kerana Allah.



                                                                                 [ sundown;201414462126;kave ]
                                                                                        insp; matahari







You Might Also Like

3 comments

Flickr Images