INTROVERT (99.99%)

Meh nak share siket ciri-ciri introvert person. Tapi tak semua ciri-ciri yang disebutkan perlu ada pada mereka. Mungkin kebanyakka...




Meh nak share siket ciri-ciri introvert person. Tapi tak semua ciri-ciri yang disebutkan perlu ada pada mereka. Mungkin kebanyakkannya benar. Mungkin ada yang tidak. Nak tahu kalian introvert atau tak, teruskanlah membaca. Panjang ceritanya. Haha.

Ok ini berdasarkan apa yang aku lalui, baca dan dari ujian personaliti diri. Dan tak semua orang sedar jika dia itu termasuk golongan ini. Ini bukan golongan pelik. Bukan. Ini golongan introvert. Special.
Seperti yang kalian sendiri tahu mahupun tidak, Introvert itu sendiri bermaksud seseorang yang suka menyendiri dan mereka peroleh kekuatan apabila bersendiri. Extrovert pula sebaliknya.

Lebih jelasnya mereka akan melakukan sesuatu perkara dengan sendiri dan tak suka menyusahkan orang lain. Seorang yang independent dan suka berfikir serta mempunyai pemikiran yang baik. Selagi dia mampu, dia akan usaha sendiri apabila tidak barulah dia meminta pertolongan orang lain.
Sama macam perasaan jugak lah, mereka ini akan pendam, simpan dan bertahan. Hanya orang tertentu sahaja yang mereka akan cari untuk meluahkannya. Itupun tak semua. Ada orang yang sampai satu masa bukan manusia yang dia cari tapi meluahkan dengan penulisan sekiranya itu dapat melegakan hatinya.


Selain itu, mereka sukakan ketenangan seperti melihat keindahan alam, menulis, membaca buku, mendengar music, travel ke mana mana tempat yang jauh dari tempat mereka tinggal dan dari orang yang mereka kenali atau hanya menghabiskan masanya di rumah, makan dan tidur. Tidak sukakan aktiviti yang terlalu melibatkan ramai orang. Yang pasti dia tenang dengan keadaannya tanpa gangguan dari sekeliling.

Kerana golongan ini mudah berasa bosan, penat serta gundah dengan keadaan sekeliling yang sibuk dan menyesakkan. Sangat tidak puashati dengan mereka yang suka marah-marah, menjerit dan keadaan yang terlalu bising. Ini kerana keadaan itu mengurangkan tenaga luaran serta dalaman mereka.

Introvert person jarang duduk lama di dalam sesuatu majlis atau event. Sekiranya mereka nampak bad mood, gelisah dan ingin segera pulang, bawalah mereka pulang. Jangan paksa mereka bersosial. Jangan. Jika dia nak, dia akan buat. Kalian pergilah buat hal sendiri dulu dan jangan risaukan dia. Dia akan gunakan masa itu untuk mengecas tenaganya. Apabila tenaganya (baca: kekuatan fizikal, mental juga emosi) sudah “full charge”, dia akan mencari anda untuk berbual semula.

Kalau dia nak keluar atau buat sesuatu tanpa anda, biarkan saja. Berbincang dengan dia sekiranya anda ada merancang bersama nak kemana-mana. Jangan biarkan dia tahu perkara itu last minute. Nanti dia akan mengelak dan beri alasan untuk tidak ikut serta.

Seorang introvert hanya fokus pada teman-teman rapatnya. Orang kata introvert person ni tak ramai kawan kerana kurang bersosial. Tak jugak. Tak semua introvert tidak bersosial dengan orang luar. Ada juga yang ramai kawan. Sejujurnya mereka sangat memilih kawan. Mereka akan cari kawan yang boleh memahami jiwa mereka. Selalunya persahabatan mereka bertahan dalam jangka masa yang panjang. Bukan kawan pakai buang. Sebab bagi mereka, makin sikit kawan makin kurang masalah yang timbul. Maka makin kuranglah jugak hati yang perlu dijaga.

Nalurinya mereka lebih suka diam dan banyak berfikir tetapi tak bermaksud mereka itu pendiam. Tak hairanlah sebelum bercakap mereka akan berfikir dahulu kerana taknak apa yang disampaikan itu sia-sia dan menyakitkan hati orang lain. Mereka boleh jadi seorang yang berbual tanpa henti sekiranya topic yang dibualkan itu kena dengan jiwa mereka. Tak suka borak kosong kerana baginya itu suatu yang membuang masa.

Seorang introvert adalah seorang pendengar yang setia. Selalu menjadi tempat rakan-rakannya meluahkan perasaan. Seorang yang mempunyai kekuatan konsentrasi yang baik dan mudah memahami. Itulah salah satu cara mereka menghargai teman-temannya.

Apabila seorang extrovert memasuki dunia introvert, mereka mudah merasa sunyi dan tidak selesa. Extrovert merasakan kehidupan seorang introvert amat membosankan. Tapi tidak bagi seorang introvert.

Bersendirian itu adalah suatu yang menggembirakan. ^^

 Kerana telah Tuhan ciptakan hambanya berbeza-beza sifat, perangai hatta warna kulit. Hanya untuk saling lengkap-melengkapi.



You Might Also Like

0 comments

Flickr Images