EL. O VI. E. (draft)

Terpaku aku sejenak Pada awan gebu kekuningan Pada gagak galak bersahutan Sepintas otak memikirkan Tentang hati manusia berperasaan...


Terpaku aku sejenak
Pada awan gebu kekuningan
Pada gagak galak bersahutan
Sepintas otak memikirkan
Tentang hati manusia berperasaan
Cinta.
Couple.
Cinta.
Couple.
Heh.
Apa perlu pada couple?
Jika akhirnya berakhir pada sebuah kekecewaan?
Sakit ditinggali
Sakit dikhianati
Hingga Ada yang mengelar diri
Panjang lamunan aku saat ini
Berjela monolog aku tika ini
Hati.
Ah, siapa yang tidak ingin disayangi?
Siapa yang tidak ingin dicintai?
Siapa yang tidak ingin dikasihi?
Tetapi mengapa perlu cinta fana ini?
Aduh, manusia.
Kiranya engkau sedar kelalaian kau selama ini
"Dan jangan lah kamu menghampiri zina."
Firman Allah bergema lagi
Hingga mengetuk tangkai naluri
Pada jiwa dan hati yang sedar kasih Ilahi
Mengapa perlu cinta manusia
Yang azalinya Dia yang cipta
Pemilik kepada segala cinta
Hendaknya kau memilih cinta Dia
Terlebih dahulu Dari cinta manusia
Kerana perolehnya cinta Dia
Bererti kau punya segalanya
Aduh kawan
Bukan niat aku untuk menyakiti
Tetapi rasa ini membuak hendak menasihati
Walau aku juga manusia
yang turut mengalir dosa dalam diri
Bukan tak sayang
Bukan nya benci
Tapi sebab sayang lah
Bergeraknya jari ini untuk menari
Bergeraknya otak ini untuk mencari
Kata sesuai untuk menasihati.
kave;sundown;74527317

You Might Also Like

0 comments

Flickr Images