Muslimah.
06:18
Salah aku.
Salah aku sebab skate.
Salah aku sebab skate dengan tudung labuh.
Salah aku sebab kebudak-budakan.
Salah aku sebab ter'ganas'.
Rasa sakit tu ada,
bila orang mula komen macam-macam.
Rasa sakit tu ada,
bila disuruh berhenti skateboarding.
Rasa pedih tu ada,
bila orang mula judge macam-macam.
Bila orang mula pandang lekeh.
Bila orang mula panggil kurang sopan.
Bila orang mula pandang aku tak ada disiplin.
Bila orang mula panggil diri sampah.
Sumpah aku sedih sekarang.
Sekarang siapa yang memahami perempuan yang skate.
Bersama tudung labuh.
Bersama baju longgar muslimah.
They called me rude.
They called me undiciplined.
They called me irreverent.
They call me 'rubbish'.
Kenapa?
Tudung menghalang kami untuk skate?
Baju muslimah menghalang kami untuk skate?
Adakah skatesukan tu sememangnya untuk orang sampah?
Untuk orang tepi jalan?
Untuk orang yang takde law.
Rude sangat ke main benda alah tu?
Salah ke?
KALAU TAK SALAH KENAPA ORANG PANDANG LEKEH?
KALAU TAK SALAH KENAPA UMI SURUH BERHENTI?
KALAU TAK SALAH KENAPA SUSAH?
KALAU TAK SALAH KENAPA AKU KENA JUDGE?
Diorang expect, cukup dengan tudung labuh, jubah, baju kurung atau tshirt muslimah, dah cukup solehah. Tapi kalau hati kotor, ada apa dengan pakaian?
Orang kata jadi muslimah ni senang. Sebab diorang tak tahu peritnya mujahadah sebagai muslimah.
I know, people akan cakap, kebalkan hati bila orang perli. Tapi people
should know, perempuan punya hati ni somehow too sensitive.
Bila kasar, orang ejek. Kata tak cukup muslimah. Bila lembut, orang ejek. Katanya lemah. What do they want actually?
Sampai bila-bila orang takkan faham perasaan muslimah yang tengah mujahadah. Sebab bukan diorang yang rasa.
Bukan diorang yang terseksa.
"Aku taknak jadi muslimah yang cuma solehah pada pandangan manusia. Muslimah yang zahirnya tertutup semua, tapi hati masih tak bersih, masih ada rasa benci, masa ada rasa dengki, masih ada rasa iri hati, masih mampu skip qiamullail dengan sengaja."
Dan, terima kasih untuk peng'hakim'.
Terima kasih untuk 'itu'.
Syukur diri ini masih bernafas untuk refleksi diri,
selepas kemarahan yang bukan main-main ditulis.
Selepas diri ini seksa berlama berendam air mata.
Sekali lagi,
Terima Kasih untuk 'itu'.
:)

3 comments
thumbs up la, legend
ReplyDeletesadokan hati anda, legend.
ReplyDeleteSenyum.. walau kadang sukar. Tabah.. kerna anda sedang menempuh dugaan2 utk terus matang dalam kehidupan.
ReplyDelete:)