Tired.
23:25| Sakit. |
Sabar lah. Sebab sabar tu indah.
Cliche.
Indah apa sabar? Aku cuma rasa sakit.
Kenapa sakit?
Entahlah. Aku sendiri tak tahu. Mungkin cerita aku lain dari orang lain.
Kenapa sakit bila orang tak faham aku?
Kenapa sakit bila orang tak hirau pasal aku?
Entah lah. Mungkin iman aku senipis daun maple.
"Ada hikmahnya yang kita tak nampak. Ujian bukan untuk melemahkan."
"Kau ingat bila aku luahkan dekat orang, ada ke yang sanggup mendengar?"
Ketawa.
Genggam tangan.
Memang susah nak cari orang yang faham aku. Jauh lagi aku yang nak faham orang.
Keras kepala aku ni. Macam kau tak tau.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Air mata yang perlahan-lahan menuruni pipi aku seka cepat-cepat.
Bila masa aku nangis pun aku tak perasan.
Mata aku pejam rapat-rapat. Aku ketap bibir kuat-kuat.
Kenapa susah sangat nak buat benda-benda ni?
Kenapa susah sangat?
Kenapa? Kenapa? Kenapa?
Bening jernih makin laju turun dari pipi.
Kenapa susah sangat nak jadi muslimah?
Kenapa susah sangat nak bagi orang faham aku?
Kenapa susah?
Aku nak belajar. Aku nak cuba.
Salah ke?
Salah ke apa yang aku buat ni?
Kalau tak salah kenapa susah?
Penat.
Nama pun Hijrah . Proses nak Berubah .
Senang kata pada lidah , Bukan pada istiqamah.
Konfem sakit jiddan la kan?
Allah tahu aku down.
Allah tahu aku penat.
Allah tahu mata yang mengalirkan air tu perlukan rehat.
Allah tahu aku lemah,
Allah tahu aku lelah,
Allah tahu betapa hancur luluhnya hati aku.
Allah tahu betapa tak bermaya nya aku nak terus melangkah.
Allah tahu.
Tapi Dia nak aku tahu.
67 : 13
" Dan rahsiakanlah perkataanmu atau nyatakanlah kerana sesungguhnya, Dia maha mengetahui segala isi hati. "
Its hard to be in tough situation .
Its hard to hold my knees and crying alone.
Its hard to believe that this is the life that ' I ' have to go on !
Menitik lagi.

Jujur, sampai sekarang aku letak kekuatan aku pada Keluarga.
Aku letak kekuatan aku pada Kawan.
Aku sandar kekuatan aku pada makhluk.
Tapi saat aku jauh dari keluarga,
Aku hilang kekuatan.
Bila aku hilang kawan yang dulu memahami,
Aku hilang kekuatan lagi sekali.
Bila tiada makhluk yang memahami,
Kekuatan itu makin goyah.
Dan bila aku sedar,
Kekuatan tu bukan untuk disandarkan pada Orang. Tapi untuk disandarkan pada Tuhan.
"Ajaibnya urusan orang beriman, apabila mereka diuji, mereka bersabar, dan bila diberi nikmat, mereka bersyukur."
Dan aku lagi sekali realized,
Sikitnya aku beryukur.
Jauhnya aku daripada bersabar.
Kuatlah hati,
Dunia ni sementara,
Lemah ni sementara.
Sabar ni pun sementara .
Kerana Hikmah terakhir itu Syurga .
Adios.

2 comments
Keindahan sabar kita tak nampak waktu kita sedang bertarung mempertahankan kesabaran kita.
ReplyDeleteTapi.. selepas selesainya peperangan kesabaran, kita sendiri tersenyum puas.
Cuma. Entah bila senyuman puas itu akan terukir di bibir kita. :)
Keep strong legend
This comment has been removed by the author.
Delete