Pernah tak?

Pernah tak kau menangis ketika kau sedang menyuapkan makanan di mulut kau? Pernah tak kau menangis ketika kau sedang sedang minum ai...




Pernah tak kau menangis ketika kau sedang menyuapkan makanan di mulut kau? Pernah tak kau menangis ketika kau sedang sedang minum air? Menangis di kala ingin melelapkan mata? Di waktu kau membuka pili air mahu mengambil wudhu'? Dan semuanya berlaku di saat kau sendirian dan hanya Tuhan yang menyaksikan segala kesedihan, kelukaan, dan kesakitakan yang dirasai tanpa mempamerkan pada insan-insan sekeliling.

Kesakitan yang hanya hati merasai kecederaan yang dialami. Denyut hati yang penuh hiris luka yang kita sembunyikan dipandangan manusia. Aku pernah merasainya, aku pernah mengalaminya. Sungguh pernah. Sakitnya hanya Tuhan yang tahu. Itulah ketika aku benar-benar sakit dan sungguh ianya betul-betul berdenyut menunjukkan betapa dalamnya ia ditusuk kelukaan.

Biarpun orang kata kita tak sepatutnya bersedih, namun bagi aku sedih itu perlu untuk seketika. Bersedih sebentar untuk kita menjadi kuat pada hari-hari mendatang. Kekadang dengan bersedih dan menangis seketika membuatkan kita lega kerana apa yang terbuku dihati dibersihkan dengan air mata yang terlalu lama bertakung di kelopak mata. Sedih dan menangis itu tak salah. Cuma yang salah bila bersedih dan menangis keterlaluan hingga melupakan dan mengabaikan Pencipta kita.

You Might Also Like

0 comments

Flickr Images