Momento II
18:45"Awak.. kita ada masalah."
"Masalah apa? Jom kumpul kat Bangi Gateway. Ajak semua."
"Taknak. Kita nak cakap personal dengan awak..."
"... kita... ada masalah dengan Niq."
Awak tahu macam mana rasa kena belah perut, lepastu kena keluarkan usus dan letak kat tengah jalan raya..
... dan 'splash'..
kena gilis.
Sakit.
Sakit sangat.
-
Dulu kita kenal awak
Kitorang semua kenal awak
Tapi siapa sangka
Awak hiris perasaan dia
Awak calar perasan dia
Awak abaikan luahan dia
"Magnificent 7 ni.. siapa ketua dia?"
"Geng ni tak de ketua (Im)..."
"... sebab kita kan sehati sejiwa! " Lalu aku paut bahu dia.
Dulu kita janji sama-sama
Untuk sedih sama-sama
Untuk luah sama-sama
Untuk gelak ketawa sama-sama
Untuk bergurau sama-sama
Untuk ke sana syurga sama-sama
"Im flight hari isnin. Semua benda dia tahu. Tapi saya tak. Dan masa tu.. saya rasa saya macam.. orang asing. Rasa terabai."
Aku sentap. Seriyesli aku tak bagitahu siapa pun antara Mags 7 flight aku bila.
Tapi awak lupa
Awak macam lupa janji itu semua
Atau awak sengaja buat-buat lupa?
Awak seriyesli awak
Kita rasa sakit hati sangat
Sampai hati awak sakitkan hati dia
Sampai hati awak abaikan dia
Dia datang semula dengan gembira
Untuk lawat sahabat yang dia cinta
Tapi awak macam dah tak ingat dia
Awak buat tak kisah apa dia cerita
Kita fikir ini gurau senda
Rupanya kita berpijak pada bumi nyata
-
Awak
Kita tahu awak tak bermaksud begitu
Sebab kita dah cakap kita kenal awak dari dulu
Awak ingat lagi tak kita pernah cakap
Serendah-rendah ukhuwah tu bersangka baik
Awak
Kita semua terpisah
Tapi tu bukan makna
Awak boleh lupa kita semua
Tapi tu bukan makna
Awak boleh buat tak kenal dia
Tapi tu bukan makna
Ukhuwah kita sampai sini saja
Ukhuwah kita bukan sampai mati
Tapi sampai sana
Kita dah ulang kata ni banyak kali
Atau mungkin awak dah jemu?
Awak
Kita minta maaf
Mungkin kita tak faham awak
Mungkin kita pun turut abaikan awak
Tapi jangan macam ni awak
Jujur, kita rindu
Kita rindu semuanya pasal 'kita'
Kita rindu segala cerita kita
Kita rindu semua tangisan kita
Kita rindu semua ketawa kita
Kita masih ingat kenangan kita
Kita masih ingat memoir coretan kita
Tolong
Sekarang masih awal untuk awak lupa
Sebab kita masih tak puas bersahabat..
.. dengan awak-awak semua.
Dari
Anas r.a. mengatakan bahawa seseorang berada di sisi Rasulullah SAW,
lalu salah seorang sahabat melewatinya. Orang yang berada di sisi
Rasulullah SAW tersebut berkata, "Aku menchentai dia, ya Rasulullah."
Lalu Rasulullah SAW bersabda, "Apakah anda sudah memberitahukan
kepadanya?" Lelaki itu menjawab, "Belum." Lalu Rasulullah SAW bersabda,
"Beritahukan kepadanya." Lalu lelaki tersebut memberitahukannya dan
berkata, "Sesungguhnya saya menchentai anda kerana Allah." Kemudian
orang yang dichentai itu berkata, "Semoga Allah menchentaimu kerana anda
menchentai saya keranaNya."
[Hadith Riwayat Abu Daud]
Akhirnya kita cuma nak kata
Kita kata ni bukan untuk saja-saja
Tapi untuk awak semua ingat sampai bila-bila
"Kita cinta awak semua kerana Allah."
Kita tak main-main.
Kita serius.
written; earlyyear
publish;that


0 comments